Double-click to start typing
Double-click to start typing
Double-click to start typing

PEMIKIRANNUR

 Jalan 
Menuju
Cahaya

PASAR MESIR (MISIR ÇARŞISI)

Lebih dikenali sebagai Pasar Rempah Ratus, ianya merupakan bazar ke-dua Istanbul, dibina dalam komplek yang sama dengan Masjid Baru (Yeni Cami). Ianya mengandungi enam pintu masuk yang mana menonjolkan lagi keagungan hiasan seni bina luarannya. Komplek yang berbentuk L ini, mempunyai masjid didalamnya, dan ianya telah dibina khas kepada ibunda Sultan Mehmet IV, seorang wanita yang berkuasa dan telah mentadbir empayar itu yang mana kebanyakkan orang mengatakan Bagindalah pentadbir kebanyakkan jajahan empayar.

Walaupun tidak lagi menjadi pasar prima rempah-ratus, aroma daripada halia, kapulaga, lada dan kunyit masih dapat dirasai darıpada kedai kedai yang menjualnya. Pada masa ini, tempat ini juga mashur dengan pelbagai manisan Turkiye, cenderahati, teh pelbagai rasa dan makanan tempatan – termasuklah makanan yang agak meragukan iaitu “Turkish Viagra”. Orang tempatan datang ke sini untuk membeli sarung tilam dan tuala; juga buah-buahan dan sayur-sayuran, kopi, pakaian pinggan mangkuk and periuk belanga yang ada di sekitar kawasan yang sarat dan sibuk ini. Di penghujung Jambatan Galata di luar kompleks inilah tempat yang terbaik untuk memilih buah zaitun dan pelbagai seleksi keju putih (beyaz penir).

DERMAGA FERI  (FERRY QUAYS)

Daripada Dataran Eminonu ke Sirkeci, terdapat feri dan dermaga merentasi perairan di mana rangkaian komuter juga dibina diantara sempadan Anadolu (Asia) dan sebelah Eropah serta ke selat Bosphorus dan pulau-pulau yang berdekatan. Gerabak-gerabak bergerak dari Eminonu ke Kadikoy, Üsküdar, Haydarpaşa serta lain-lain pusat bandar.

MASJID BARU (YENİ CAMİ)

Ianya berada di kawasan Eminonu. Semasa pembinaan masjid, yang mana pembinaan dijalankan pada tahun 1597 oleh ibunda Sultan Mehmet III, Sultan Safiye; yang mana pada ketika itu, pembinaan sudah menjejah paras tingkap, dan pada ketika itu jugalah pemerintah dan ibunda baginda telah mangkat. Pembinaan yang telah tergendala itu kemudian telah disiapkan oleh Sultan Turhan bagi memenuhi keinginan ibunda Sultan Mehmet IV pada tahun 1663.

MASJID SULTAN AHMAD (MASJID BIRU)

Masjid ini telah dibina oleh Sultan Ahmad I di antara tahun 1609-1616 di dataran yang mana dataran ini telah dinamakan sempena nama Baginda di Istanbul. Arkitek yang bertanggungjawab adalah adalah Sedefhar Mehmet Ağa. Ia adalah satu-satunya masjid di Turkey yang mempunyai enam menara. Masjid ini berukuran 64 meter x 72 meter. Kubah utamanya setinggi 43 m dan berdiameter 33.4 meter. Sebanyak 260 tingkap menghiasi masjid ini. Dek kerana keindahan kemasan lantai biru, hijau dan putih inilah, ianya telah digelar sebagai Masjid Biru oleh bangsa Eropah. Inskripsi pada binaan masjid ini telah diilhamkan oleh Seyyid Kasim Gubari. 

AYA SOFIA (HAGİA SOFİA)

Gereja Aya Sofia (Hagia Sophia) dibina pada zaman pemerintahan Maharaja Theodosius dan telah dibakar semasa Pemberontakan Nika pada 532 M semasa zaman pemerintahan Maharaja Justinianus. Pada tahun yang sama, Maharaja Justinian memerintahkan pembinaan semula sebuah Basilika baru, yang kita dapat saksikan sekarang ini, dan hanya selepas lima tahun kemudian, iaitu pada 537 M, itu dibuka untuk orang awam. Para arkitek Basilika baru ini adalah Isidorus dari Miletus (Söke) dan Anthemious dari Tralles (Aydın). Basilika ditutupi dengan kubah yang mengkagumkan iaitu setinggi 55.60 meter dan berdiameter 30.80-31.88 meter, dengan menggunakan 40 bingkai kayu dan 107 tiang.

Pada tahun 1453, dengan penaklukan Istanbul, Sultan Mehmed Si-Penakluk telah menukar gereja ini kepada masjid. Untuk menguatkan struktur bangunan ini, arkitek Sinan telah melakukan kerja yang mengkagumkan ke atas “Hagia Sophia” pada zaman pemerintahan Turki. Semasa pemerintahan Sultan Abdülmecid (1839 - 1861) adik-beradik de Fossati telah membuat pelbagai pemulihan pada bangunan ini. Musium “Hagia Sophia” yang merupakan legenda warisan budaya, baik Kristian ataupun Muslim, telah dibuka untuk lawatan atas arahan Ataturk dan keputusan Majlis Menteri-Menteri Turki pada 1 Februari, 1935. Musium Hagia Sophia dimasukkan dalam senarai Senarai Warisan Dunia UNESCO.

TALI AIR BASILIKA (YEREBATAN SARNICI)

Ianya dibina oleh Maharaja Constantinus I pada abad ke-4 dan dipulihkan semula serta dipanjangkan oleh Maharaja Justinianus pada abad ke-6. Punca air berasal dari hutan Belgrad melalui laluan lengkungan Cebeciköy. Ianya setinggi 141 meter dan selebar 73 meter. Ianya mempunyai 336 tiang yang berjarak 5 meter antara satu sama lain dan setinggi 8 meter.

ISTANA DOLMABAHÇE (DOLMABAHÇE SARAYI)

Istana Dolmabahçe yang terletak di Istanbul, Turki, berada di bahagian Eropah Selat Bosforus, di mana ianya telah menjadi pusat pentadbiran utama Empayar Uthmaniyyah dari tahun 1856 hingga 1922, melainkan pada tempoh pengalihan selama 22 tahun (1887-1909) di mana Istana Yıldız telah digunakan.

Pembinaan Istana Dolmabahçe telah diarahkan oleh Sultan yang ke 31 Empayar itu iaitu Sultan Abdülmeçid I dan telah dibina di antara tahun 1843 dan 1856. Haci Said Ağa telah dipertanggungjawabkan bagi kerja-kerja pembinaan, di mana rangkaian seni reka bentuk projek ini telah direalisasikan oleh juru arkitek Armenia iaitu Garabet Balyan, anak-anak lelakinya Nigoğayos Balyan dan Evanis Kalfa. Kos pembinaannya berjumlah lima million mecidiye Uthmaniyyah (Ottoman mecidiye) siling emas, bersamaan dengan 35 ton emas. 14 ton emas dalam bentuk daun emas telah digunakan untuk mengukir siling monoblok istana yang berukuran 45,000 meter persegi, yang terletak di kawasan seluas 110,000 meter persegi.

Senibina Menara Jam Istana Dolmabahçe mengandungi elemen-elemen elektik didatangkan daripada Baroque, Rococo dan sentuhan Neoklasik, diadunkan juga dengan senibina tradisional Uthmaniyyah yang telah membentuk sistesis baru. Lakaran luaran dan dekorasi dalaman istana menonjolkan kekuatan pengaruh Eropah dalam gaya dan taraf hidup dalam budaya serta seni Empayar Uthmaniyyah pada era Tanzimat. Walaubagaimanapun, ianya masih lagi mengekalkan elemen-elemen tradisional gaya hidup di-raja Uthmaniyyah.

Ia adalah istana terbesar di Turki, dengan mengambil kira yang kawasan blok tunggal bangunan ini seluas 45,000 meter persegi. Pada masa sebelumnya, Sultan dan keluarganya tinggal di Istana Topkapı, tetapi oleh kerana Istana Topkapı kurang dalam kemasan kemewahan dan gayanya, Sultan Abdülmecid memutuskan untuk membina Istana Dolmabahçe yang berhampiran dengan lokasi Istana Beşiktaş yang terdahulu di Bosporus, yang mana telah dirobohkan. Sebagaimana Istana Topkapı memiliki contoh indah dari jubin Iznik dan ukiran Uthmaniyyah, Istana Dolmabahçe mengandungi banyak emas dan kristal. Pelancong bebas untuk berkeliaran di Istana Topkapı mengikut kesesuaian waktu mereka, sementara satu-satunya cara untuk melihat senibina dalaman Istana Dolmabahçe adalah dengan kehadiran pemandu pelancong.

Istana Dolmabahçe menjadi kediaman kepada enam sultan dari tahun 1856, sejak pertama kali dihuni, sehinggalah kepada penghapusan sistem khalifah pada tahun 1924: Raja yang terakhir yang tinggal di sini adalah khalifah Abdülmecid Efendi. Satu undang-undang yang telah mula dikuatkuasakan pada tarikh 3 Mac 1924 telah mengalihkan pemilikan istana kepada warisan kebangsaan Republik Turki yang baru. Mustafa Kemal Atatürk, pengasas dan presiden pertama Republik Turki, telah menggunakan istana ini sebagai tempat tinggal presiden semasa musim panas dan menghasilkan beberapa karya yang paling penting di sini. Atatürk menghabiskan hari-hari terakhir rawatan perubatannya di istana ini, di mana dia telah meninggal dunia pada tarikh 10 November 1938.

Lampu kristal Bohemia yang terbesar di dunia berada di ruang tengah istana ini. Lampu kristal, yang merupakan hadiah dari Permaisuri Victoria, mempunyai 750 lampu dan seberat 4.5 ton. Dolmabahçe mempunyai koleksi terbesar kristal Bohemian dan lampu kristal Baccarat di dunia dan salah satu tangga besar yang susurnya dilekapi dengan kristal Baccarat.


Lokasi Dolmabahce pada awalnya adalah sebuah teluk di Bosporus yang mana ditebus secara berperingkat semasa abad ke-18 untuk dijadikan taman diraja, sangat dihargai oleh sultan-sultan Uthmaniyyah; ianya berpunca daripada kebun inilah yang istana ini dinamakan Dolmabahçe (Filled-in Garden) yang berasal dari perkataan Turki Dolma yang bermaksud "penuh" dan bahçe bermaksud "taman". Berbagai istana musim panas telah dibina di sini semasa abad kelapan belas dan kesembilan belas.

MUZIUM SEJARAH PANORAMA 1453


Muzium Sejarah Panorama 1453, yang dirasmikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan pada 31 Januari 2009, telah menghiasi bandar Istanbul dengan berkat usaha Dewan Bandar Metropolitan Istanbul (İstanbul Metropolitan City Council). Musium penaklukan itu, yang membuka pintu khazanah kepada sejarah Istanbul, terletak di seberang benteng Topkapi-Edirnekapı di mana pengepungan telah berlaku dan musium diselenggarakan oleh Kultur A.Ş. Setelah pembukaan rasminya, pusat budaya telah menarik banyak perhatian daripada masyarakat tempatan dan telah menghoskan pemimpin negara, termasuklah Presiden Turki Abdullah Gül.

Inilah Topkapı, tempat di mana pertempuran yang paling sengit dalam pengepungan kota Konstantinopel berlangsung, di mana dinding kebal telah dapat diatasi, di mana hari yang diberkati yang mana tentera-tentera telah lama menunggu berlaku ... Inilah pintu yang membuka ke pembukaan kota Konstantinopel ... Di sini anda akan menyaksikan sekali lagi pembukaan kota Konstantinopel dan berpeluang merasai pengalaman ketika mana tentera-tentera memasuki kota ini, hampir persis seperti mana yang telah berlaku. Anda akan menyaksikan letupan cannonballs, dibedilkan dengan meriam oleh pakar Meriam Hungary dan melihat bedilan yang dilemparkan pada dinding kota Konstantinopel. Teriakan tentera-tentera Sultan Mehmed II dalam pertempuran dan suara panji-panji yang dimainkan oleh kumpulan pancaragam Janissary akan turut menemani anda.

Anda dijemput untuk menyertai penaklukan kota Konstantinopel!

Tempat ini yang 14 tahun yang lalu merupakan terminal bas adalah lokasi Taman Budaya Topkapı pada hari ini. Di sebelah kiri anda boleh melihat Tembok Edirnekapı. Di depan, anda boleh melihat Tembok Topkapı, titik di mana para tentera Uthmaniyyah memasuki kota Konstantinopel. Di sini anda dapat menyaksikan saat yang penting dalam sejarah, dimana jatuhnya Empayar Konstantinopel; peristiwa inilah yang telah membuatkan Sultan Mehmet II biberi gelaran Fatih (Si-Penakluk).

Selama beberapa minit berikutnya, anda akan dimaklumkan mengenai adegan yang berlaku disekitar anda dari semua sisi. Lukisan di sekitar kita berdiameter 38 meter dan meliputi kawasan seluas 2,350 meter persegi. Di ruang antara penonton dan gambar panorama, anda boleh melihat figur tiga dimensi manusia dan mesin yang merangkumi kawasan seluas 3,000 meter persegi.

Kerja-kerja penghasilan gambar gambar ini bermula pada tahun 2005 dan selesai pada tahun 2008. Lapan seniman yang bakatnya berbeza telah menyumbang kepada penghasilan lukisan ini. 10,000 orang telah diambil bekerja untuk projek ini. Bahagian-bahagian dinding yang hancur dan perluasan kawasan ini telah ditentukan menurut laporan berkaitan dengan proses pemulihan dinding yang telah dibentangkan oleh Hizir Bey, datuk bandar pertama Istanbul.

Ketika sesebuah lukisan itu dibingkaikan, ia bermakna ianya adalah terhad; tidak kiralah sehebat mana kesan imej tiga dimensi itu, seseorang itu masih boleh melihat bahagian tepian gambar, jesteru membuatkan ianya lebih jelas sejauh mana gambar itu telah dialihkan dari posisi mana anda. Namun, kerana tidak ada istilah dalam Musium Panorama ISTANBUL 1453" ISTANBUL 1453 Panoramic Museum" bahawa seseorang boleh mengatakan "had"atau "rangka" pada gambar tersebut, sesiapa yang melihat pada lukisan akan dapat merasakan hasil kerja pada dimensi yang sebenar. Pada saat si pemerhati melangkah ke platform, mereka akan mengalami kejutan yang akan berlangsung selama 10 saat. Situasi ini adalah hasil kebingungan anda kerana tidak dapat mencari titik rujukan untuk dimensi itu, seperti yang mana satu titik permulaan atau titik penyelesaian untuk lukisan itu, lalu meningkatkan lagi kesan realiti gambar itu. Di sini orang ramai, walaupun mereka masuk ke lokasi yang tertutup, mereka akan merasakan seolah-olah yang mereka telah masuk ke ruang eksterior tiga dimensi.

KOTA ISTANBUL

Kota pertama Istanbul dibina semasa tempoh 413-477 oleh pemerintah Byzantine II iaitu Maharaja Thedosius. Kemudian, mereka memanjangkannya sepanjang 6-7 km., bermula daripada Menara Marmar di Pantai Marmara sampai ke Golden Horn. Tembok Yedikule telah dibina oleh Sultan Mehmet Si Penakluk pada tahun diantara 1457-1458. Tembok ini mengandungi 16 pintu gerbang. Tembok ini mempunyai tiga tahap pertahanan terdiri daripada tembok dalam, tembok luar dan parit. Tembok bahagian dalam adalah setebal 3-4 meter dan setinggi 13 meter. Tembok luarnya adalah sejauh 15 meter, setebal 2 meter dan setinggi 10 meter. Di depan tembok luar, terdapat parit. Tembok kota Istanbul telah dipulihkan dalam rangka program perlindungan UNESCO.

MAKLUMAT AM TENTANG BURSA

Bursa terletak di antara barat laut semenanjung Anatolia dan asia tenggara Laut Marmara. Pinggir Laut Marmara adalah sepanjang 135 km. Puncak yang paling penting di wilayah ini adalah Gunung Uludağ, yang juga merupakan resort ski dan taman negara. Tasik yang paling ketara disini adalah tasik Iznik dan Uluabat.


Daerah-daerah: Nilüfer, Yildirim, Osman Gazi, Büyük Orhan, Gemlik, Gürsu, Harmancık, İnegöl, İznik, Karacabey, Kales, Kestel, Mudanya, Mustafa Kemal Paşa, Orhaneli, Orhangazi dan Yenişehir adalah daerah-daerah dalam wilayah Bursa.

MASJID ULU (ULU CAMİ)

Masjid Ulu (Pusat): Ini dibina antara tahun 1396 dan 1400 oleh Yildirim Bayezit, terdiri sepenuhnya daripada batu-batu yang dipotong kemas, dengan dinding yang sangat tebal dan tinggi, berbentuk segi empat dengan mempunyai 3 pintu masuk yang besar, 12 tiang berbentuk segi empatsama dan 20 kubah.

Ia adalah contoh yang paling klasik dan monumental darisegi masjidyang mempunyai kubah yang banyak. Ini mempunyai saiz terbesar (318 meter persegi) jika dibandingkan dengan semua masjid di Turki dengan ruangannya yang kaya dengan hiasan dan lapang. Balkoninya dengan panel duri kecil, sangat halus diproses dengan bahan Greek dan palmettes, rangkaian temboknya dengan corak geometri, inskripsi pada bahagian depan dan rangkaian corolla adalah karya agung menggambarkan peralihan daripada ciri-ciri Seljuk ke ciri-ciri Uthmaniyyah.

Menurut sesetengah pendapat tentang pembinaan ruang wudhu (şadırvan); tanah itu seharusnya sudah dinasionalisasikan bagi tujuan pembangunan Masjid Ulu. Şadırvan pada asalnya merupakan tanah milik seorang wanita Yahudi. Wanita yang tidak mahu memberikan tanah itu telah melihat dalam satu mimpinya bahawa semua orang sedang berlari ke arah yang sama. Dia yang juga ingin tahu bertanya kepada mereka ke mana mereka mahu pergi dan menyedari yang ianya "Syurga!". Dia yang juga ingin turut serta berlari bersama telah dihentikan oleh kumpulan itu atas alasan yang dia tidak menyerahkan tanah itu. Wanita Yahudi itu yang terkesan banyak dari mimpi ini, telah memberikan tanahnya pada hari berikutnya dengan syarat bahawa mereka akan membina şadırvan.

Ketika proses pembangunan masjid dijalankan, ianya terpaksa dihentikan kerana masalah kewangan, dan pada ketika itu, komuniti Kristian dan Yahudi telah memberikan sejumlah wang, maka umat Islam telah menggunakan batu-batu yang mana bintang Daud (David’s Star) dan tanda-tanda Palang (Cross Signs) diukir dan diletakkan pada tetingkap masjid untuk menunjukkan rasa terima kasih mereka.


Masjid Sultan Emir dan Makam (Pusat) (Emir Sultan Mosque and Tomb (Centre)): Seorang saintis terkenal, Sultan Emir datang ke Bursa pada 1391 dan telah berkahwin dengan puteri Yıldırım Bayezit, Hundi Fatma Hatun. Masjid Sultan Emir dan makam itu dibina oleh isterinya semasa tempoh pemerintahan Sultan Murat II. Ianya terletak di sebuah bukit di sebelah timur Bursa, berdekatan dengan Makam Sultan Emir.


Terdapat sebuah makam dengan lapan penjuru berhampiran di arah utara. Bentuk Masjid Sultan Emir pada hari ini, adalah contoh keagungan dan keindahan masjid dengan satu kubah tunggal di dalam sebuah laman dengan şadırvan, yang telah dibina pada tahun 1804 semasa tempoh Sultan Selim III.

BAZAR (BAZAAR)

Semasa Bursa ditakluki, ia bukanlah pusat penempatan tetapi merupakan markaz tentera tetap yang dibina di laluan perdagangan. Uthmaniyyah mengasaskan Hans (kompleks perniagaan, rumah istirehat) dan rumah mandi di laluan semasa proses pembangunan insan. Terdapat kawasan penempatan yang dinamakan Uzun Çarşı (Bazar Panjang). Disinilah lahirnya Bazar Raya (Grand Bazar). Grand Bazar telah acap kali mengalami kebakaran serta gempa bumi membuatkan strukturnya rosak dan telah diperbaik pulih beberapa kali sepanjang tempoh abad ini. Hari ini, Grand Bazar yang mana merupakan jendela membeli belah bagi perdagangan dan aktiıviti membeli belah di Bursa tidak hilang kemasan klasiknya.

Semasa pemerintahan Orhan Gazi, ruang di antara Hans telah dilindungi dengan bumbung dan bazar pertama telah diasaskan di laluan ini. Tahun berikutnya, perniagaan telah dipelbagaikan termasuklah penglibatan peniaga buku-buku, peniaga herba-herba, Iyaz Pasha, Gelincik, Sipahiler, Karacabey (pembuat sarung-sarung, penjual permainan ches), Eski Bakırcılar (tukang tembaga). Kepelbagaıan inilah yang membentuk Grand Bazar. Selepas kebakaran pada tahun 1958, Grand Bazar telah melalui proses pembinaan semula. Grand Bazar tidak dibina berdasarkan rekabentuk asalnya yang hanya mempunyai satu tingkat akan tetapi rekabentuk baru telah dibina yang mana mempunyai tiga tingkat, tingkat yang pertama dibina dibawah tanah, tingkat kedua yang mana kedai-kedainya di kedua belah jalan dan tingkat ketiga yang iaitu tingkat satu. Bumbungnya telah dilengkapi dengan bahan-bahan moden. Tingkat teratas Ivaz Pasha dan Eski Bakırcılar telah tidak berbumbung selapas runtuhan berikutan kejadian gempa bumi pada tahun 1855. Pada tahun 1960, bumbung telah ditambah pada struktur bahagian ini juga. Pada masa ini, Grand Bazar merupakan pusat perniagaan dan perdagangan yang lengkap di mana di sana terdapat pembuat barang perabut, pembuat kasut dan peniaga barang-barang kemas dan sebagainya. Kesemuanya, kompleks ini mempunyai 95 bilik, 50 bilik di tingkat atas dan 45 bilik lagi di tingkat bawah. Tingkat atas telah direka bentuk bagi kedai-kedai yang menjual barang-barang sutera. Terdapat satu pintu di tıngkat atas yang menghala selatan dan tiga pintu di tingkat bawah yang menghala kepada Masjıd Orhan, Pasar Garam (Tuz Bazaar) dan Bazar Raya (Grand Bazaar). Terakhir adalah sebuah pintu besar yang diperbuat daripada batu yang dilekapi dengan jubin seramik turqouise. Di sini terdapat juga satu masjid berbentuk kubah dengan enam air pancut di halamannya. Pada masa ini, halaman dalaman Kozahan (Cocoon Inn) telah disediakan sebagai tempat untuk mengambil udara, dimana pada musim panas, halaman ini menjadi taman teh yang harmoni. Arkitek Kozahan ini adalah Abdul-Ula bin Pulad Shah dan pakar pembinaan adalah Suca Bın Karaca. Kozahan telah dinamakan dengan pelbagai gelaran yang diantaranya Cedıd-i Amıre, Simkes, Beylık Kervansaray. Sepanjang sejarahnya, ianya juga merupakan pusat perdagangan sutera di Bursa sepertı zaman sebelumnya.

Hotel Emir (Emir Han) yang lebih dikenali sebagai bedesten pertama (Covered Bazaar) telah ditubuhkan oleh Orhan Ghazi dan Yildirim Bayazid yang mana selepas itu membina bedesten lain dengan kapasiti 100 bilik telah dibina pada akhir abad ke-14. Bedesten ini merupakan perapian Grand Bazaar pada hari ini. Dekorasi dalaman Emir Han, Koza Han, Geyve Han dan hans yang lain telah ditutupi dengan bumbung dan banyak struktur bazar yang lain dibina dengan cara ini. Pada hari ini, di sebalik Masjid Ulu (Grand Ulu Cami), Grand Bazar dan bedesten terus menjalankan perkhidmatan mereka seperti dahulu dengan dinamik dan kepelbagaiannya.

BUKIT TOPHANE DAN HALAMAN

Taman ini adalah tempat terbaik untuk melihat pemandangan panorama Bursa. Terdapat dua makam pengasas Empayar Uthmaniyyah, iaitu Sultan Osman dan Orhan yang terletak di pintu masuk halaman dan terdapat juga monumen ahli syuhada berhampiran dengan makam. Terdapat menara pandang enam tingkat yang dibina pada tahun 1906.


Pada Bulan Ramadhan, meriam yang terdapat dalam halaman akan dibedilkan bagi memaklumkan orang ramai yang masuknya waktu berbuka. Oleh sebab inilah, menara pandang dan halaman telah mengambil nama Tophane (Rumah Meriam). Kumpulan pancaragam Bursa (Ottoman Military Band) mengadakan pertunjukkan pada setiap minggu di laman ini.

MAKLUMAT AM TENTANG EDIRNE

Edirne terletak di selatan Tekirdağ, wilayah antara Turki dan Yunani. Bandar ini telah menjadi ibu kota kedua Empayar Uthmaniyyah selama bertahun-tahun dan pada abad ke-18 telah menjadi salah satu dari tujuh kota terbesar di Eropah.


Oleh kerana ianya merupakan ibu kota Empayar Uthmaniyyah 100 tahun yang lalu, terdapat banyak struktur sejarah dan struktur arkitek penting di wilayah tersebut. Edirne adalah bandar sentiasa hidup - muzium dengan masjidnya, kompleks keagamaan, jambatan-jambatan, tempat bazaar lama dan istana-istana.

MASJID SELİMİYE (SELİMİYE CAMİ)

Masjid Selimiye, terletak berhampiran Berek Selimiye (“Selimiye Kışlası”), dibina dengan Bilik Catatan Zaman (“Muvakkithane”), air pancut dan air mancur (“Sebil”) oleh Sultan Selim III (1761-1808). Masjid ini dibina di laman yang luas yang mempunyai empat pintu masuk dan gaya senibina Baratnya yang menggambarkan pengaruh budaya Barat pada masa itu. Di samping itu, sejak menara masjid pada awalnya muncul dengan skala yang besar, batu-batu pada binaanya kemudian diasah dan dinipiskan. Pada tahun 1823, salah satu menaranya telah runtuh habis dan yang satu lagi runtuh separa akibat badai barat daya yang sangat kuat. Kemudian, kedua-dua menara didirikan semula.


Masjid ini dibina dengan menggunakan batu potong semasa tempoh Nureddin Ahmed Efendi menjadi salah seorang ketua arkitek, tetapi tidak pula diketahui siapakah arkitek tersebut. Kubah masjid ini berdiameter 14.60 meter, mempunyai lima siri tetingkap dan disokong dengan empat separa kubah. Tidak sukar untuk mengatakan bahawa masjid ini, yang mihrab dan mimbarnya yang dibina daripada porfiri, adalah hasil karya agung pertukangan marmar dan pertukangan pembinaan.

BAZAR ARASTA (ARASTA BAZAAR)

Bagi memenuhi keperluan ekonomi yang meningkat dan ketumpatan perdagangan dalam bandar yang terletak di laluan peralihan dan bagi mendapatkan sumber pendapatan bagi masjid dan pelaksanaan kerja-kerja amal pada tempoh pembangunan itu, banyak tempat-tempat penginapan, bedestens dan bazar-bazar telah dibina.

Bazaar ini dibina sepanjang tiga ratus meter dan mempunyai enam pintu. “Arasta” (sebahagian daripada bazar ini yang dibina bagi tujuan pembuat barang seni) yang mempunyai binaan lengkung sebanyak 73 buah, sepanjang 255 meter dan mengandungi 124 kedai telah dibina oleh Davut Ağa atas arahan Sultan Murad III (1574-1595) sebagai suatu kerja amal untuk Masjid Selimiye.

MASJID TIGA ANJUNG (UÇ ŞEREFELİ CAMİ)

Ianya dibina di antara tahun 1443 dan 1447, oleh Sultan Murat II. Masjid ini adalah di antara yang terawal dan klasik yang mempunyai senibina Uthmaniyyah. Di sini, anda boleh menyaksikan bangunan yang pertama dibina mengikut pelan yang dirangka. Berdiameter 24 meter, mempunyai kubah tengah yang besar, diasaskan pada enam penyokong, terdiri dari dua lereng dan empat lereng berdinding. Terdapat dua kubah kecil dan bahagian empat segi tertutup di sisi masjid. Struktur, sebagai suatu inovasi, struktur ini memiliki laluan yang lebar berbentuk empat persegi panjang. Pelan ini diterapkan oleh arkitek Sinan (Mimar Sinan), pada masjid-masjid di Istanbul dengan bentuk yang lebih maju. Masjid ini yang lamannya dibina dengan “revak” adalah yang pertama, dimana senibina “revak” ini diapplikasikan pada masjid dalam seni bina Uthmaniyyah. Menara ditempatkan di empat penjuru laman. “Uç Şerefeli Cami” adalah struktur monumental yang mengukir corak senibina masjid yang dibina selepasnya dengan bertemakan ciri-ciri ini.

Menara monumental dengan tiga anjung, yang mana nama masjid ini digelarkan, adalah setinggi 67.62 meter. Laluan berasingan digunakan untuk naik ke anjungan.


Hiasan masjid juga menarik. Hiasan pahatan yang unik pada kubah “revak”, adalah beberapa contoh tertua pada masjid Uthmaniyyah.

MASJID LAMA (ESKİ CAMİ)

Ianya merupakan struktur monumental tertua, tetap terpelihara daripada Empayar Uthmanıyyah di Edirne. Pembangunannya bermula pada tahun 1403 oleh Emir Süleyman dan telah selesai pada 1414 semasa pemerintahan Celebi Sultan Mehmet. Arkiteknya adalah salah seorang daripada murid Konyalı Haci Alaaddin, Ömer bin Ibrahim.

BEDESTEN (BEDESTEN)

Antara tahun 1417 - 1418, bedesten ini dibuat oleh arkitek Alaeddin atas arahan Sultan Mehmed Celebi I sebagai suatu bentuk amal untuk Masjid Lama (Old Mosque). Dindingnya telah dilekapi dengan batu yang dipahat kemas dan terdapat sebanyak 14 kubah di atas bangunan ini. Terdapat bingkai tingkap dengan lengkungan lanset pada setiap kubah. Ada 14 sel pada penjuru yang memanjang dan 4 sel pada penjuru yang memendek. Evliya Celebi menyebutkan bahawa berlian dan permata yang menghiasi bedesten bernilai hampir dua kali ganda daripada harta khazanah Mesir dan 60 orang penjaga melindungi bedesten pada malam hari. Bedesten telah dipulihkan baru-baru ini. Pada hari ianya masih lagi digunakan sebagai bazar seperti fungsi asalnya.

ISTANA MEVKİİ (SARAYİCİ MEVKİİ)

Istana ini (Sarayiçi) ditempatkan di antara dua cabang sungai Tunca. Hampir semua lokasi ditutupi dengan hutan tebal. Hutan Tavuk yang berada berhampiran dengan lokasi ini juga turut dimasukkan dalam kawasan Sarayiçi ini. Jalan perhubungan antara bandar telah dibuat dengan dua jambatan dibina iaitu di Sarayiçi timur dan barat yang lebih dikenali sebagai tempat perkelahan serta pada setiap tahun, tempat in turut juga dijadikan gelanggang bagi perlawanan gusti Kirkpinar Oil yang mana pada minggu perlawanan gusti itu, ribuan pelancong dan masyarakat tempatan datang melawat Sarayiçi untuk menonton aktiviti dan bersuka ria.

RUMAH KEADILAN (ADALET KASRI)

Rumah Keadilan adalah salah satu bangunan yang terdapat di dalam kompleks Istana Edirne. Ia merupakan satu-satunya bangunan yang tidak rosak di istana ini. Bangunan ini terletak dalam kompleks Istana Edirne yang mana perlawanan gusti “Kirkpinar Oil” dijalankan. Bangunan ini disatukan ke dalam kompleks Istana Edirne semasa pemerintahan Sultan Suleyman “The Magnificent”. Sesetengah orang berpendapat bahawa undang-undang Sultan Suleyman ditulis di kompleks ini. Terdapat dua batu di depan istana ini. Batu di sebelah kanan digunakan oleh orang awam dengan meninggalkan petisyen mereka di atasnya dan dinamakan Seng-i Arz. Batu di sebelah kiri pula adalah untuk peringatan dan pengajaran, di mana cebisan kepala penjenayah selepas hukuman dijalankan dipamerkan. Pada masa ini, istana ini dimiliki oleh Lembaga Musium Edirne dan kadang-kadang dibuka untuk pameran gambar.

MONUMEN SYUHADA BALKAN (BALKAN MARTYRDOM MONUMENT)

Ianya dibina sebagai peringatan bagi mengenangkan 20,000 ahli syuhada, orang awam dan tentera-tentera yang telah dibiarkan mati oleh tentera-tentera Bulgaria dengan tidak memberikan makanan selepas mereka menyerah kalah sesama Perang Dunia I. Ianya dibuka pada 14 Januari 1994. Monumen ini menempatkan ahli syuhada, ruang solat, air pancut bagi tujuan wudhu, inskripsi dan ruang letak kereta. Pelannya telah dilakarkan oleh arkıtek Nejat Dinçel. Ukiran patung askar-askar Tangut Oktem dan ukiran patung Metin Yurdanur yang tenang melengkapi monumen ini. Terdapat nama-nama 400 ahli persendirian dan 100 pegawai kerajaan di atas 12 tablet blok.

MUZIUM BERSEJARAH PSIKIATRI TURKI

Sementara pesakit-pesakit mental dikenakan penyiksaan jiwa yang tidak berperikemanusiaan bahkan dibunuh dek kerana iblis yang merasuk mereka di negara-negara barat semasa Zaman Pertengahan, pesakit-pesakit mental disini dirawat dengan MUSIK di Darüşşifa (rumah sakit jiwa) sebahagian daripada institusi-institusi di Edirne yang dibina oleh arkitek Hayrettin semasa pemerintahan Sultan Bayezit II pada 1488. Seorang auliya bernama Celebi (Celebi EVLİYA), yang melawat Darüşşifa ini dalam tahun 1640, menceritakan dalam kitap perjalanannya secara panjang lebar tentang bagaimana mereka merawat pesakit mental di sini dengan menggunakan muzik.


Selain itu, menurut Celebi EVLİYA, "Ketua Doktor Darüşşifa yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang cukup tentang kesan positif daripada muzik terhadap jiwa manusia, mula-mula membiarkan pesakitnya mendengar pelbagai genre muzik, membuat pemeriksaan tentang denyutan jantung mereka samada meningkat atau menurun, menentukan kepadanan melodi yang mana menfaatkan mereka, kemusian mengumpulkan aduan dan penyakit yang serupa dan mengasaskan kumpulan muzik dari Darüşşifa serta melakukan konsert pada hari-hari tertentu dalam seminggu".


Perubatan dengan menggunakan muzik bukanlah penemuan doktor-doktor mental Turki Uthmaniyyah. Namun, doktor-doktor mental Turki Uthmaniyyah, yang mencapai tahap yang lebih tinggi daripada doktor-doktor sezaman dengan mereka dalam bidang perubatan mental melalui kajian ilmiah mereka, lebih maju ke depan dalam rawatan pesakit dengan menggunakan muzik.


EVLİYA Celebi menyatakan dalam kitap perjalanannya bahawa udara İSFEHAN baik bagi membuka minda dan menguatkan ingatan serta proses pengimbasan, udara REHAVİ untuk menenangkan pesakit hiperaktif dan bersemangat dan udara KUÇİ untuk pesakit gelisah, pesimis, senyap dan lemah semangat. PERAWATAN DENGAN MUSIK, yang dilaksanakan oleh doktor-doktor mental Turki Uthmaniyyah secara ilmiah dan memuaskan, diapplikasikan sebagai salah satu inovasi dalam rawatan psikiatri moden pada masa ini dan kajian-kajian tentangnya telah dibuat.

STESEN KERETAPI KARAAGAC

Stesen Keretapi Karaağac telah dibina dalam tempoh pemerintahan Sultan Abd Hamid II di Edirne, 4 km (2.5 batu) arah selatan barat bandar ini.


Pada 1868, Compagnie des Chemins de fer Orientaux (CO), sebuah syarikat keretapi Orient menerima konsesi bagi membina landasan keretapi ke Vienna, Austria melalui Edirne. Pada 1871, laluan ini melepasi Edirne akan tetapi bagi mengelak pembinaan sebuah jambatan di atas Sungai Meriç, pembinaan stesen telah dialihkan ke Karaağac. Arkiteknya adalah Kemaleddin dan ianya mempunyai gaya senibina neoklasik. Ianya telah dimodelkan seperti Stesen Keretapi Sirkeci (Istanbul). Salah satu stesen yang paling penting di laluan yang menghubungkan Istanbul ke Eropah adalah stesen ini.

SUNGAI TUNDZHA DAN MERIC SERTA JAMBATAN-JAMBATAN

Punca Sungai Tundzha (Turki: Tunca) adalah di Bulgaria dan ianya mengalir ke Turki. Sungai Tundza ini telah menjadi sempadan antara Turki dan Bulgaria sepanjang 12kilometer.


Sungai Maritsa atau Evros (Turki: Meriç) itu mengalir di sebelah timur dan tenggara merentasi Bulgaria,dan membentuk sempadan Bulgaria-Greek, dan kemudian mengalir di sepanjang sempadan Greek-Turki. Di Edirne ianya berubah arah, dimana ianya mengalir ke arah barat daya dan masuk ke Laut Aegean meliputi laluan sekitar 300 batu (480 km).

Salah satu ciri-ciri utama Edirne adalah jambatan-jambatannya. Tidak ada kota atau bandar lain yang telah mengecapi keindahan senibina jambatan yang dibina di dalam dan di luar seperti yang terdapat di Edirne.


JAMBATAN MECIDIYE (MECIDIYE BRIDGE)

Ianya telah dibina merentasi Sungai Meriç. Pembinaannya telah dimulakan pada era pemerintahan Sultan Abdülmecid, pada 1842 dan telah disiapkan pada tahun 1847. Panjang jambatan ini adalah 263 meter dan lebarnya adalah 7 meter. Ada 12 arca tombak disini yang kawasannya merangkumi 13 medan. Terdapat sebuah rumah yang dihiasi dengan marmar di tengah-tengah jambatan ini.


JAMBATAN AHMED PASA EKMEKÇIZADE (THE EKMEKÇIZADE AHMED PASA BRIDGE)

Ianya telah dibina oleh arkitek Sedefkar Mehmed Ağa di antara tahun 1608-1615. Di sini, terdapat 10 arca tombak yang kawasannya merangkumi 11 medan. Struktur luarannya telah roboh dan ianya telah dibina semula.

MONUMEN ŞUKRU PASHA (ŞUKRU PAŞHA)

Monumen yang terdapat di Memorial Peringatan Şükrü Pasha, yang dikenali sebagai pembela Edirne dalam sejarah empayar itu, telah dibina pada 22 Jun 1984,akan tetapi telah runtuh apabila mencapai suatu tahap tertentu, dek kerana kelemahan kejuruteraan.


Ianya telah diabaikan selama empat belas tahun. Monumen ini dikendalikan oleh Jeneral Çetin Erman dan General Zafer Özer. Ianya telah dibina dalam masa empat bulan dan telah dibuka pada 27 Julai 1998. Mayat Şükrü Pasha telah digali semula dari makam “Efendi Merkez” di Istanbul dan kemudiannya dikebumikan di tugu tersebut.


Kawasan kompleks seluas 16,000 meter persegi ini mempunyai monumen, 3,000 meter persegi yang menempatkan tempat duduk dan tempat letak kereta serta 10,000 meter persegi yang dijadikan zon hijau.

KIYIK BASTION DAN MUSIUM PERANG BALKAN

Kıyık Bastion telah dibina bagi melindungi Edirne pada tempoh pemerintahan terakhir Empayar Uthmaniah. Ia terdiri daripada 31 kubu-kubu pertahanan. Mula-mula ianya telah dimusnahkan pada perang Uthmaniah-Russia pada tahun 1828 – 1829. Kemudian kubu ini sekali lagi dimusnahkan terutamanya selepas perang pertama Uthmaniah – Russia pada tahun 1877 – 1878. Ia merupakan kubu yang paling hampir dengan pusat bandar. Teradapat kubu Caucasian di selatan kubu ini. Kubu-kubu ini telah digunakan oleh Komander Ahmet Muhtar Pasha dari 1886 hingga 1887. Dulu, kubu ini menempatkan regimen infantri dan batalion tentera. Kubu ini sangat penting semasa pemberontakan Edirne dalam Perang Balkan.


Empat pertunjukkan di mana alatan perang, dokumen-dokumen dan antikuisi yang didermakan oleh orang-orang dari Edirne dipertunjukkan; termasuklah dua meriam peti simpanan, 118 papan yang mana peta-peta, gambar-gambar dan nota penjelasan dipertontonkan serta situasi keadaan pada masa pada ketıka divisualkan dengan bantuan 28 sistem suara.