Double-click to start typing
Double-click to start typing
Double-click to start typing

PEMIKIRANNUR

 Jalan 
Menuju
Cahaya

SEJARAH PASUKAN PANCARAGAM: HEBATNYA TENTERA EMPAYAR UTHMANIYAH

Antara acara yang dinanti-nantikan sempena sambutan Hari Kemerdekaan, acara-acara perayaan serta acara-acara sukan sekolah tentulah persembahan kumpulan pancaragam. Kumpulan yang terdiri daripada ratusan ahli-ahli yang memainkan pelbagai instrumen-instrumen muzik dengan secara serentak sambal berarak memasuki arena sangat menghiburkan para penonton serta membakar semangat ahli pasukan yang bertanding. Pasukan ini ditubuhkan cetusan daripada penggunaan instrumen-instrumen muzik pasukan pancaragam tentera sempena Zaman Gun Powder di Eropah di mana ia digunakan bagi membakar semangat tentera-tentera yang berperang memerangi musuh. AKAN TETAPI, TAHUKAH ANDA BAGAIMANAKAH ASAL-USUL PASUKAN PANCARAGAM INI?


Rata-rata mengatakan yang pasukan pancaragam ini diasakan oleh Barat! Percaya atau tidak, sebenarnya fakta ini salah kerana sejarah telah membuktikan bahawa pasukan pancaragam ini diasaskan oleh tentera-tentera Empayar Uthamniyah yang dikenali dengan nama Mehter Marsi (Kumpulan Pancaragam Mehter) pada abad ke 14. Pasukan ini sangat penting dalam sejarah Empayar Uthmaniyah di mana mereka telah membantu tentera –tentera Empayar Uthmaniyah sempena penaklukan empayar yang merupakan empayar yang paling berkuasa dalam sejarah.


Pasukan pancaragam Mehter merupakan sebahagian daripada regimen Yeniceri ditubuhkan bagi menakutkan musuh-musuh dengan memainkan lagu-lagu yang didendangkan yang berunsurkan pembakaran semangat keislaman dan perjuangan. Dendangan yang sangat kuat itu dapat didengari hingga beberapa batu jaraknya membuatkan tentera-tentera musuh gentar dan takut menghadapi tentere-tentera Empayar Uthmaniyah. Sekitar penaklukan Empayar Uthmaniyah sekitar abad ke 14 hingga ke 16, pasukan pancaragam Mehter telah bersama-sama dengan tentera-tentera Empayar Uthmaniyah yang sangat gagah dan berani itu dalam ekspedisi yang suci ini. Gabungan kekuatan ini sangat menggerunkan sehinggakan tiada tentera-tentera musuh yang mampu bermimpi dan berangan untuk mendapatkan kembali kemenangan ke atas tentera-tentera Empayar Uthmaniyah ini.


Secara langsung, tentera-tentera musuh (Eropah) juga ketika itu terpanggil untuk menggunakan strategi yang sama bagi meniup semangat tentera-tentera mereka. Lagenda mengatakan ketika Empayar Uthmaniyah berperang dengan Empayar Suci Rom di Vienna pada tahun 1683, tentera-tentera Empayar Uthmaniyah telah mengalami kekalahan. Semasa pengunduran tentera-tentera dari Vienna, pasukan pancaragam Mehter telah meninggalkan instrumen-instrumen seperti cymbals dan timpani dan pada ketika inilah dikatakan penduduk Austria telah mengumpul, mengkaji dan mengadaptasikan penggunaan pancaragam ini. Dari sinilah negara-negara Eropah yang lain turut menggunakan pancaragam ini dalam aktiviti ketenteraan mereka. Penemuan tárogató dalam beg tinggalan pasukan pancaragam Mehter telah dijadikan sebagai simbol kebebasan negara Hungaria selepas kemenangan oleh Francis II Rákóczi pada tahun 1711.