Double-click to start typing
Double-click to start typing
Double-click to start typing

PEMIKIRANNUR

 Jalan 
Menuju
Cahaya

APA ITU QURAN TAWAFUQ

Segala puji dan syukur pada Allah SubhanaHuwaTaala Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Saidul Anbiya Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam, seluruh keluarga dan keturunannya serta para sahabat baginda semuanya.


Baginda Nabi Muhammad S.A.W. telah berpesan kepada umatnya dalam khutbah terakhir Baginda pada 9 Zulhijjah, 10 Hijrah di Uranah, Gunung Arafah, Lembah Yunan sebelum kewafatan Baginda iaitu “Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL-QURAN dan SUNNAHKU”.


Pesanan baginda Nabi Muhammad  S.A.W.  yang menyeru agar seluruh umatnya berpegang teguh dengan kitab al-Quran kerana ia merupakan satu-satunya mukjizat yang ditinggalkan baginda buat seluruh umatnya sehingga ke akhir zaman. Al-Quran yang tersimpan di Luh Mahfuz seperti yang disebut dalam Surah al-Buruj, ayat 21-22 yang bermaksud “Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir, bahkan ialah al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya di Luh Mahfuz” membuatkan para pengkaji al-Quran sentiasa berusaha mendalami dan menterjemah segala rahsia tersembunyi yang terkandung didalamnya bagi mengukuhkan lagi bukti kebesaran dan keagungan kitabullah ini untuk semua.


Satu penemuan terbaru telah ditemui oleh seorang cendekiawan Islam yang terbilang di akhir zaman ini oleh Imam Badiuzzaman Said Nursi yang berasal dari Turki. Beliau telah mengambil inisiatif untuk meghasilkan semula al-Quran dalam bentuk Tawafuq tanpa menokok tambah atau mengubah al-Quran yang asal kerana sesungguhnya al-Quran itu sentiasa berada dibawah penjagaan dan peliharaan Allah seperti firmanNya; “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya” Surah al-Hijr, ayat 9. Imam Badiuzzaman Said Nursi telah menemui satu keajiban yang belum pernah terungkap sebelum ini.


Penulisan al-Quran Tawafuq ini merupakan satu lagi penemuan terhadap bukti mukjizat al-Quran itu sendiri apabila tersusunnya kalimah-kalimah Allah tanpa sebarang perancangan atau susunan yang melibatkan sebanyak 2,806 kalimah (Lihat al-Quran Tawafuq bagi contoh ayat). Tulisan kalimah-kalimah Allah yang tersusun secara deretan iaitu selari dalam garisan yang sama secara mendatar mahupun menegak dalam satu muka surat atau dalam satu-satu surah ataupun bertemu pada kedudukan yang sama pada muka surat di sebelah atau di belakang menjadikannya sebagai sebuah penciptaan dalam bentuk penulisan yang sangat aneh serta tidak boleh direka cipta atau dirancang serta terbayang oleh sesiapa pun.


Allah S.W.T  tidak menciptakan sesuatu makhluk atau kejadian dengan sia-sia malah terdapat hikmah disebaliknya. Seperti itu juga kewujudan al-Quran Tawafuq yang diilhamkan oleh Allah S.W.T pada ketika ini bukanlah secara kebetulan tetapi adalah untuk menunjukkan bukti-bukti dan tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T dalam penciptaanNya menjadikan al-Quran Tawafuq ini sebagai salah satu bukti jelas dan nyata bagi menunjukkan al-Quran itu sebagai satu mukjizat yang mampu diyakini dengan hanya melihat melalui mata kasar sahaja.

e-BROCHURE QURAN TAWAFUQ

KRONOLOGI PENGHASILAN QURAN TAWAFUQ

Imam Badiuzzaman Said Nursi dilahirkan pada tahun 1873 di sebuah kampung bernama “Nurs”, di timur Anatolia. Nama “Nursi” ialah sempena nama kampung ini. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada pagi 23 hb. Mac, 1960. Beliau telah menerima pendidikan daripada para ulama terkenal di Turki dan menguasai lebih daripada 90 bidang ilmu. Semasa hayatnya beliau merupakan seorang ulama yang memperjuangkan al-Quran sebagai teras dalam segenap urusan kehidupan.


Pada suatu hari semasa beliau membaca al-Quran tulisan Hafiz Osman, beliau telah melihat satu keajaiban di mana kalimah nama-nama Allah yang tersusun secara selari pada setiap halaman sangat jelas dan nyata seolah–olah di susun secara sempurna samada di bawah satu sama lain, secara bertentangan di halaman sebelah ataupun secara bertindih di halaman seterusnya.


Lantaran itu beliau kemudiannya mengarahkan sepuluh orang pelajarnya yang terbaik supaya menulis semula al-Quran melalui petunjuk yang diilhamkan oleh Allah S.W.T. kepadanya dengan menggunakan beberapa ciri yang berbeza iaitu dengan menulis kalimah Allah menggunakan dakwat warna merah serta meniru teknik penulisan Hafiz Osman, yang mana mempunyai 15 baris pada setiap halaman dan permulaan serta penghabisan perkataan bagi sesuatu ayat pada halaman yang sama.


Selanjutnya ayat yang paling panjang dalam al-Quran iaitu ‘Ayat al-Mudayanah’ dijadikan sebagai kriteria untuk halaman dan surah yang paling pendek iaitu ‘Surah al-Ikhlas’ dijadikan sebagai sukatan untuk barisnya. Hasilnya, contoh-contoh keselarian terzahir secara sempurna khususnya pada naskah tulisan pelajar paling rapat dengan beliau iaitu Imam Ahmad Husrev Efendi dengan kesemua 2,806 kalimah-kalimah Allah (“Lafzullah”) di dalam jilid al-Quran Tawafuq itu terserlah indah dan membuatkan semua mata-mata yang memandangnya terpegun seraya mengungkap kalimah-kalimah suci ‘SubhanAllah’, ‘MashaAllah’ dan ‘AllahuAkbar’.


Kini penemuan mukjizat al-Quran Tawafuq telah di cetak melebihi jutaan naskah serta telah tersebar keseluruh dunia buat bacaan dan tatapan sekelian umat agar bertambah kasih dan yakin tentang keagungan kalammullah yakni kitab al-Quran itu sendiri.