Double-click to start typing
Double-click to start typing
Double-click to start typing

PEMIKIRANNUR

 Jalan 
Menuju
Cahaya

USTAZ AHMAD HUSRAU (1899 - 1977)

Ustaz Ahmet Hüsrev Altınbaşak (Ahmad Husrau Altenbasyak) dilahirkahn ke dunia pada tahun 1315 Hijrah bersamaan 1899 Masihi di sebuah kampung bernama Senirce (Senirje) yang berada dalam wilayah Isparta. Ayahnya ialah Muhammad Bey iaitu cucu kepada Haji Adham Bey yang merupakan datuk Bandar Isparta di penghujung Daulah Uthmaniyyah. Manakala ibunya ialah Aishah Hanim Efendi.


Keturunan sebelah bapanya dikenali sebagai ‘Golongan Serban Hijau’ dan dari kalangan Asyraf (keturunan Rasulullah) Isparta yang berkait dengan Saidina Abu Bakar (R.A.). Manakala sebelah ibunya, juga dinasabkan kepada keturunan mulia yang datang daripada anak Rasulllah iaitu Saidina Hussin (R.A.) dan moyangnya dikenali sebagai ‘Hafizul Qurra’.’


Pada tahun ketika Badiuzzaman dibuang daerah ke Barla, Ahmad Husrau pergi menziarahinya selepas melihat satu mimpi. Selepas ziarah itu, beliau telah mengambil tempat sebagai salah seorang pelajarnya. Dalam khidmat Nur, beliau merupakan sahabat perbincangan Ustaz serta pembantunya. Beliau juga orang kanan Ustaz yang paling penting.

HUSRAU EFFENDI MENURUT KACAMATA IMAM BADIUZZAMAN

Semasa memperkenalkan Husrau Efendi yang terkenal dengan khidmatnya kepada kita, Ustaz meletakkan beliau sebagai ukuran bagi para pelajarnya di madrasah Nur di seluruh negara dan beliau memanggil mereka dengan nama dan piawai yang berdasarkan peribadinya (Husrau). Contohnya, Almarhum Saudara Hasan Feyzi, bagi Ustaz, beliau ialah Husrau Denizli. Manakala Husrau bagi Aydin dan sekitarnya ialah Ahmad Feyzi Efendi. Muhammad Feyzi yang menyenangkan hati Ustaz dengan khidmat-khidmatnya di Kastamonu turut dinamakan Husrau kecil. Beliau membawa gelaran tersebut dengan penuh bangga. Surat-surat yang ditulisnya ditandatangani dengan nama Husrau Kecil Muhammad Feyzi. Gelaran bagi Nazif Celebi yang berasal dari Inebolu dinamakan Husrau Inebolu. Gelaran Inebolu juga ialah Isparta kedua. Begitu juga Katib Usman di Isparta ialah Husrau kedua. Manakala Ceylan Agabey yang membantu Ustaz dan menjadi pemandu beliau semasa Ustaz di Emirdag juga pada pandangan Ustaz ialah Husrau yang lebih kecil. Manakala Tahir Pertama pula bagi Ustaz ialah seorang Husrau yang sempurna.


Supaya para pelajarnya tidak terjebak dalam rencana dan permainan penuh muslihat yang disusun oleh musuh yang mendapati kedudukan dan Maqam Husrau yang istimewa berbanding para pelajar lain dalam Khidmat Risalah an-Nur, Ustaz memberi peringatan berikut kepada mereka: “Musuh-musuh kita yang tersembunyi menjalankan dua perancangan. Pertama: Melumpuhkan saya dengan pengkhianatan mereka. Kedua: Memasukkan kedinginan (permusuhan) antara kita. Mula-mula ialah memisahkan kita dari satu sama lain dengan mengkritik, membantah dan menimbulkan rasa irihati ke atas Husrau. Saya mengisytiharkan kepada kalian bahawa: Sekiranya ada seribu kesalahan pada Husrau, saya tidak berani untuk membantahnya. Kerana sekarang jika membantah beliau ia tidak lain dan tidak bukan ialah bantahan ke atas Risalah an-Nur dan membantah diriku juga merupakan satu pengkhianatan besar kepada mereka yang menyokong kita.”[1]


Adalah perlu untuk menerima bahawa, kata-kata Ustaz Badiuzzaman ini, bukanlah ayat-ayat biasa yang dituturkan untuk memuji seseorang. Ini kerana semasa Ustaz bertepuk tangan menghargai khidmat-khidmat kebanyakan saudara-saudara besar yang mendahului kita dengan memerhatikan mereka dengan mesra, tiada satu pun ungkapan-ungkapan sebegini dikatakan kepada sesiapapun.

Ustaz tidak pernah pun berkata seperti: “Adalah sangat perlu bagi kita agar tidak terasa hati dari mana-mana sudut dengan seorang pahlawan cahaya seperti Husrau di tempat saya dan kerana beliau melambangkan peribadi maknawi cahaya yang sangat penting”[2] kepada kita tentang mana-mana saudara dan beliau tidak pernah menyatakan “membantah Husrau ialah membantah dirinya hatta Risalah An-Nur” melainkan pada Husrau.


Penerangan-penerangan Ustaz sendiri adalah jelas sehingga tidak meninggalkan sebarang hajat kepada dalil dan kajian lain. Risalah-risalah cahaya ini ialah hak semua orang. Ia di tengah-tengah dan bukannya milik persendirian sesiapapun. Dalam bentuk wasiat, Ustaz memperkenalkan Husrau Efendi kepada kita seperti berikut: “Saya berani mendakwa dan membuktikan bahawa dalam kedinginan ini, Husrau (Sallamahu Allahu Taala – semoga Allah memberinya keselamatan) yang menghadapi perlakuan yang dingin, disangka berbahaya kepada bangsa dan negara serta sakit dari segi fizikal ini sebenarnya ialah pahlawan maknawi bangsa Turki dan pembebas tanahair ini. Beliau juga ialah seorang yang ikhlas berkorban yang mana bangsa Turki akan berbangga dengannya. Disebabkan beliau merupakan lambang kepada rahsia keihlasan yang sempurna melalui sudut tiadanya sikap mementingkan diri, sifat riya’ dan tidak sukakan kemasyhuran, sampailah sudah masa untuk menerangkan satu dua perkara daripada banyaknya khidmat tanahair dan bangsa yang telah beliau lakukan.


Insan ini telah menulis hampir enam ratus risalah daripada cahaya dengan penanya yang ajaib dan mengkagumkan. Dengan menyebarkannya ke seluruh negara beliau telah meruntuhkan anarkisme yang berusaha ke arah pemusnahan yang dahsyat di bawah tabir komunisme dan telah menghentikan kemaraannya. Untuk menyelamatkan tanahair yang mulia dan bangsa pahlawan ini daripada racun itu, beliau telah menyampaikan penawar-penawar yang berkesan ke setiap tempat. Beliau telah menjadi wasilah yang menyelamatkan pemuda Turki dan generasi masa hadapan daripada satu bahaya yang besar.”[3] Semasa berulangkali memperkenalkan Husrau kepada kita dengan berkata: “Sekarang seorang pahlawan cahaya seperti Husrau telah dianugerahkan kepada kalian. Sampai sekarang saya belum penah memperkenalkan Husrau kepada penduduk dunia. Saya menyembunyikannya. Sekarang saya dan dia tidak berselindung lagi...”[4] beliau menyamakan nilai antara membantah Husrau, Risalah An-Nur dan dirinya. Beliau sering memperingatkan sesetengah pelajarnya tentang kemungkinan jatuh ke dalam perangkap pengkhianatan akibat terpedaya dengan perancangan-perancangan musuh yang terselindung.


Sejak hari-hari pertama khidmat cahayanya sehingga perpindahan Ustaz ke alam baqa’ dan sehingga akhir nafasnya selepas itu, Husrau Efendi sentiasa berada di setiap lembaran khidmat dan setiap mahkamahnya dan namanya ialah nama yang mula-mula datang dalam nama-nama istimewa yang telah mengalami/merasai penderitaan Ustaz. Disebabkan inilah di dalam koleksi Risalah an-Nur, di kalangan murid-murid nur, namanyalah yang paling banyak disebut. Kedudukan Husrau Efendi dalam khidmat Risalah an-Nur ini disokong oleh sumber-sumber syafahi (lisan) dan rasmi. Contohnya ayat yang mentakrifkan Ustaz Ahmad Husrau yang terdapat dalam laporan pendakwaan yang ada pada senarai tertuduh dengan nama Said Okur ketika Ustaz masih hidup pada tahun 1956 dengan asas 954/311 dan bernombor 956/8 bagi Pendakwa Umum Isparta adalah menarik perhatian: “Terdapat bukti-bukti seperti pengakuan para tertuduh, penyaksian para saksi dan dokumen yang diperoleh dalam siasatan khusus yang menunjukkan bahawa tertuduh Husrau Altunbasak mengenali Said Okur sejak 22 tahun, membaca kitab-kitabnya, memperbanyak kitab tersebut dan mengagih-agihkannya, memperbanyak surat yang ditulis Said Nursi dan menghantarnya kepada yang meminta, menamakan ‘Murid Nur’ kepada mereka yang membaca karya dan surat-surat tersebut, mengetahui bahawa murid-murid Nur mengenali Said Nursi sebagai Ustaz, menamakan kelompok maknawi mereka tersebut Madrasah az-Zahra’, dibawa ke mahkamah bersama dengan Said Okur beberapa kali, sehingga ditahan, dalam penyiasatan yang dibuat karya-karya yang berada ditangannya ditulis bagi pihak Said Okur, menghantar karya-karya ini dengan cara ditulis atas kertas lilin untuk diperbanyak kepada salah seorang tertuduh iaitu Tahiri Mutlu, ditemui padanya surat-surat milik Said Nursi, surat-surat dan kiriman tersebut ke alamat Rustu Cakin yang merupakan dari kalangan Ahli Nur yang paling lama dan paling aktif dan dikenali sebagai Ustaz kedua kerana merupakan orang yang paling dipercayai Said Nursi”.


Sifat menghormati dan ikhlas Husrau Efendi terhadap ustaznya dan teman-teman dakwahnya sama ada terhadap tumpuan Ustaz atau Murid-murid nur tidak pernah berubah. Surat-surat yang ditulisnya kepada Ustaz adalah ibarat surat galakan ringkas yang menceritakan nilai Risalah an-Nur, ibarat surat adab dan akhlak yang menunjukkan bagaimanakah sifat hormat yang perlu ada terhadap para ustaz mereka dan Risalah an-Nur dan juga ibarat surat keikhlasan yang menjadi saksi kepada keberkesanan Risalah an-Nur yang mengalir dengan limpahan al-Quran yang tidak berpantai dalam roh manusia.


Surat berikut yang ditulis kepada Ustaznya merupakan salah satu contoh yang baik: “Pelajar tuan yang semua sudut dan keadaannya penuh dengan kecacatan dan keaiban, telah mengorbankan semua miliknya ke bawah kaki ustaznya yang dikasihi. Bahkan setiap hari sekiranya dia melihat muamalah dengan kesusahan yang lebih besar daripada kesusahan ini sehingga demi ustaznya sekiranya dia memiliki seratus ribu nyawa, dia sedia untuk menyerahkan kesemuanya tanpa ragu-ragu bukanlah persoalan, hatinya siaga dengan pengakuan. Pelajar tuan yang bersalah memohon seorang pembela daripada al-Khaliqnya sejak bertahun-tahun. Sekiranya buku catatan amalanku yang penuh dengan kehitaman diperincikan dari atas ke bawah berapa banyakkah tadharru’ dan rayuanku ada serta berapa banyakkah airmataku akan ditemui demi perkara ini. Alangkah besarnya kebahagiaan dan kemuliaan yang saya telah terima sekiranya saya memiliki nyawa sebanyak penghuni dunia, mengorbankan setiap satunya demi khidmat kepada al-Quran! Wahai Ustazku yang dikasihi! Wahai guruku yang mulia! Wahai Mursyid yang ku cari selama bertahun! Wahai Juruhebah al-Quran yang mulia! Aku merasakan bahawa keluh-kesahku sedang berubah kepada kegembiraan.”[5]


[1] Sinaran 2, 546

[2] Sinaran 2, 533

[3] Sinaran 2, 553

[4] Sinaran 2, 521

[5] Tambahan Barla, 353